Skip to main content

Cuti-Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah...

Kita cerita pulak tentang trip family ke Melaka. Tempat-tempat bersejarah memang banyak kat negeri ni, cuma kali ni kami nak melawat tempat menarik dan yang terbaru, tak lupa jugak kami nak singgah menikmati gerai2 makanan yang popular di Melaka!.Konvoi berkereta bermula seawal pagi selepas sarapan. Kami singgah di Ayer Keroh, melawat Freeport A'Farmosa Outlet yang baru buka barangkali sebulan dua yang lepas.


Jarum jam kat belakang tuh pun tak pasang lagi...
Cucu-cucu Tok Mat, ada enam kesemuanya...
Sebut keju...
Ashman shopping dengan gembiranya
Tengahari tuh kiteorang makan di gerai asam pedas, deretan kedai kat hentian Alor Gajah sebelum tol. Best jugak lauk-pauk yang dijual. Perjalanan diteruskan ke Ayer Keroh, kami singgah plak di muzium 3D, dekat je dengan Bayou Lagoon resort. Harga tiket RM20 untuk dewasa, RM15 untuk kanak2. Kebetulan En Rosdan dapat voucher diskaun masa tengah parking kereta, dapat le 5 tiket harga murah.

Boleh tahan jugak laa muzium nie, yang penting bebudak dapat bergumbira!
Malaysian Gladiator!
We're happy family...! Ultraman tuh anak angkat
Selepas penat mengambil gambar kat muzium 3D nie, kiteorg pun bergerak menuju ke hotel. Kiteorang menginap di Mahkota Hotel, ditengah kawasan bandar. Nak check-in punya la kena beratur panjang,, maklum laa bersempena dengan cuti Thaipusam, ramai amik peluang bawak keluarga bercuti. Petang tuh kiteorang hilang kan penat badan, lepas Maghrib keluar cari tempat makan. Opsss... malam pun kiteorang makan lauk asam pedas kat My Jonney. Gerai nie terletak berdepan dengan menara Taming Sari, kawasan medan makan, cuma gerai nie terpencil skit. Makanannye.. memang superb, pelanggan pun ramai. Lepas makan, kite ronda2 naik beca!

Gulai asam pedas.. ikan ape dah tak ingat
Acara wajib kalau datang Melaka...
Keesokan paginya, kiteorg tapau sarapan roti canai kayu arang, gerai terletak di kampung bakar batu. Memang patut cuba roti canai ni.  Hari ke-2, kiteorang melawat The Shore Oceanarium, bersebelahan dengan kampung morten. Tempat ni terletak dalam kompleks membeli-belah. Dekat sini jugak ada Sky Tower di tingkat paling atas. Tingkat 40 kalau tak silap, yang menarik nya, kena lalu jambatan gantung menuju ke Sky Tower dari tingkat 40 tuh. Pengalamannya..ohsem!

Harga tiket The Shore Oceanarium
Bersungguh tengok movie 3D
Akak nie sibuk cari cop keliling oceanarium
Sweet couple.. :-P
Serius ke tapak sulaiman ni hidup?
Jambatan gantung Sky Tower
Angin kencang masa lepak kat atas ni!
:0
Lepas makan tengahari, kami bergerak plak ke Rumah Terbalik. Tempat nie terletak di deretan kedai, belakang hotel Seri Costa. Harga tiket RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak2.

Bergayut ngan pakwe...
Jung-on nak basuh baju
Gambar paling ohsem!
Petang tuh, budak2 habiskan masa mandi kolam renang. Mulanya bercadang nak makan ikan bakar di muara Sungai Duyung, tapi orang terlalu ramai. Kiteorang sampai sebelum jam 7, tapi orang sudah beratur nak tunggu tempat duduk. Akhirnya, kami makan di Alai. Ok le jugak tempat tuh..

Lima beregu main ping-pong
Golf course pun ade...
Makan ikan bakar di muara Alai
Keesokan harinya, kiteorang bercadang nak singgah sarapan di Kuih Keria antarabangsa. Kedainya dalam perjalanan ke muzium kapal selam.. tapi terpaksa dibatalkan. Selepas kehausan dek panas matahari selepas melawat kapal selam, kiteorang pekena 'Klebang Original Coconut Shake'. Menjelang tengahari, kiteorang bergerak pulang ke rumah masing-masing.

Panas mengelit, bak kata orang utara
Kita pekena coconut shake dulu
Memang ohsem laa airnye

Comments

Popular posts from this blog

Journey Review

Thinking of the same idea as what Zarin did in his wrapping up post, I'll do the same for the sake of my own record.  This post will be updated from time to time. Some of the trip may have a  specific write-up  and you may click on the travelling month. Here is the world travel map, courtesy of TripAdvisor. A bit of Statistics: Total countries visited = 22/195 [Last updated : September 2023] Our Travel Map. [Courtesy of TripAdvisor. According to them, we only covered 13% of the Earth at the moment :P .... still long way to go and we didn't show USA map as to when we will be there]

Indonesia Island Trip. Day 1: Lombok - Gili Terawangan

Sarapan pagi  kat airport We had been rotating to visit the Southeast Asia country each year and this is the fourth time visit to Indonesia after Bali (2010),  Bukittinggi (2012) and Bandung (2014). Looks like we made a return every 2 years, that's interesting! We may need to consider other countries like Brunei, Philippines or Cambodia in the near future. Three hours later, we arrived Lombok International Airport at noon. We were welcomed by Pak Ibrahim's staff shortly after clearing immigration and collecting our luggage. The weather that day was slightly overcast. En route to Teluk Kodek Port, we stopped at Sukarara Weaving Village. By the time we reached there, it was raining heavily. It is a traditional craft of weaving center located in Lombok West Nusa Tenggara. Not much seen as it felt, we had  ayam taliwang for lunch at Taliwang Alam Nyaman restaurant, known for its famous local dish. Alpukat Jus (Avocado Juice) is also a must try whenever you vi...

Singapore Trip: A lion-city escapade

Watch out! It is a zika-free :P trip to the city of light that we had on the 2nd mid-term school holiday, apart from the 'balik kampung' to Ipoh and JB on both week end. My wife managed to secure a stay for 2 nights at the 'Rumah Peranginan Persekutuan' where it supposed to be a big family trip with my siblings.  It was a big vacation house, which I believe can cater at least 15-20 people. For some reasons, they had to turn it down. Note: Pictures taken are not in the best quality as I'm still get my hands on the new DSLR camera.. wink.. wink..