Skip to main content

Shopping sakan di Langkawi

Kenangan bersama mak...
Bulan januari yang lepas, rombongan keluarga Perak buat trip ke Melaka. Sekarang giliran keluarga Johor pulak pegi berjalan.. errr bershopping sakan di Langkawi. Kalau nak diikutkan, gambar tengah syiok bershopping lagi banyak. Tapi takde sapa yang snap gambar.

Hujung minggu kali nie serentak dengan Tahun Baru Cina.. ALhamdulillah dapat kumpulkan adik-beradik bersekali ngan mak ayah, buat trip ke Langkawi. Cuma keluarga adik yang bongsu pergi lebih awal. Dapat la die snap gambar kat Langkawi airport.

Pagi hari pertama kami ke KLIA dan tinggalkan kereta kat sana. Takut terlebih2 shopping masa balik nanti, payah pulak nak sewa van. Jadi kami bawak kereta memasing. Kadar parking lebih kurang RM150 untuk 4 hari 3 malam. Bila buat kira2, lebih kurang je dengan sewa teksi pergi balik ke KLIA.

Agar tak lupa kat mane park kereta
Rombongan Cik Faezah ke Langkawi.. sori laa gambar blur. 
Memandangkan tiba di Langkawi hari jumaat, Kami terus menuju ke Oriental Village Langkawi Geopark dengan harapan tak beratur panjang naik kereta kabel. Alhamdulillah, masih tak ramai orang dan kami dapat naik kereta kabel untuk slot yang seterusnya. Sekarang ni dah ada sistem slot mengikut giliran. Setiap slot berselang 15 minit., jadi beratur pun tak le panjang. Sebelum naik kereta kabel tuh pun, ada tayangan video dipanggil SkyDome. Ohhh,, kereta kabel langkawi dipanggil SkyCab. Tiket SkyCab nie bersekali ngan SkyDome,

Ada orang kecut perut naik kereta kabel 
Sediaaaa.....
Lompatt!!!
Dolu-dolu...
Laaa nie...
On the way nak check-in hotel di Kuah, kami singgah ke beras terbakar. Kalau di Langkawi, kami pasti singgah sini nak beli minyak panas gamat. Sekali beli paling kurang 2 dozen. Abang Fahmi pun beriya2 nak tengok tempat bersejarah kat Langkawi nie. Yup, bile melancong kita cuba fahami apa yang telah berlaku kat sesuatu tempat tuh...

Posing terbakar...
Kawasan beras terbakar...
Cerita tentang kampung terbakar...
Keesokan pagi sebelum aktiviti shopping bermula, kami sarapan pagi di pekan kuah. Menu spesel nye, roti canai beef steak. Sori laa tak ingat nama kedai, tapi die letak sederet dengan kedai Ram's. Lewat petang kami melawat jeti kuah dan dataran helang.

Perghh... meleleh siot..
Lompat lagi...
Peta langkawi kat belakang tuh..
Sarapan hari ketiga, kami makan nasi dagang Pak Malau terletak di Jalan Makam Mahsuri. Kedai nie terletak tepi sawah.. pemandangan yang sangat cantik terutamanya waktu pagi. Tapi malang sekali ada orang bakar sampah pagi2 butaa... terus mood hilang. Apa2 pun, Pak Malau memang best, dia siap buat pertunjukan silap mata kat meja makan kami. Apa lagi, suka laa budak2 semua. Lepas sarapan, kami melawat Makam Mahsuri.. Lepas tuh sambung lagi shopping..

Tak sabar nak makan nasi dagang ni...
Persembahan yang menghiburkan dari Pak Malau!!
Sawah yang luas terbentang...
Rumah penghulu di Makam Mahsuri

Barang-barang lama...
Baik2 terputus tali dik oii
Congkak GERGASI
Petang tuh kami berehat di pantai Chenang. Penerbangan balik esok tengahari, rase sekejap je bercuti. Apa-apa pun, hajat nak ke Langkawi beramai-ramai jadi jugak.

Korang tak nak main pasir ke??
Suka laa budak-budak mandi laut
Kat belakang tuh Langkawi Airport..
Makan tengahari ikan bakar airport
Entri kali nie ringkas je.. nak sumpan kenangan kami di Langkawi. Lain kali boleh laa buat trip jauh skit..

Update: Ooo lagi satu.. kalau nak kelainan sikit di Langkawi, selain membeli-belah, pusing pulau atau mandi pantai, korang boleh cuba aktiviti skydiving... Zarin dah tick dia punye 'things to do', boleh la tengok entri dia kat sini...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Journey Review

Thinking of the same idea as what Zarin did in his wrapping up post, I'll do the same for the sake of my own record.  This post will be updated from time to time. Some of the trip may have a  specific write-up  and you may click on the travelling month. Here is the world travel map, courtesy of TripAdvisor. A bit of Statistics: Total countries visited = 22/195 [Last updated : September 2023] Our Travel Map. [Courtesy of TripAdvisor. According to them, we only covered 13% of the Earth at the moment :P .... still long way to go and we didn't show USA map as to when we will be there]

Indonesia Island Trip. Day 1: Lombok - Gili Terawangan

Sarapan pagi  kat airport We had been rotating to visit the Southeast Asia country each year and this is the fourth time visit to Indonesia after Bali (2010),  Bukittinggi (2012) and Bandung (2014). Looks like we made a return every 2 years, that's interesting! We may need to consider other countries like Brunei, Philippines or Cambodia in the near future. Three hours later, we arrived Lombok International Airport at noon. We were welcomed by Pak Ibrahim's staff shortly after clearing immigration and collecting our luggage. The weather that day was slightly overcast. En route to Teluk Kodek Port, we stopped at Sukarara Weaving Village. By the time we reached there, it was raining heavily. It is a traditional craft of weaving center located in Lombok West Nusa Tenggara. Not much seen as it felt, we had  ayam taliwang for lunch at Taliwang Alam Nyaman restaurant, known for its famous local dish. Alpukat Jus (Avocado Juice) is also a must try whenever you vi...

Singapore Trip: A lion-city escapade

Watch out! It is a zika-free :P trip to the city of light that we had on the 2nd mid-term school holiday, apart from the 'balik kampung' to Ipoh and JB on both week end. My wife managed to secure a stay for 2 nights at the 'Rumah Peranginan Persekutuan' where it supposed to be a big family trip with my siblings.  It was a big vacation house, which I believe can cater at least 15-20 people. For some reasons, they had to turn it down. Note: Pictures taken are not in the best quality as I'm still get my hands on the new DSLR camera.. wink.. wink..